Sejarah Masjid


Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, Ipoh Perak

Kronologi Pembinaan Masjid

Girl in a jacket

22 November 2009

Gerak kerja bagi membina masjid ini telah diusahakan oleh sebuah Jawatankuasa yang diberi nama Jawatankuasa Projek Pembinaan Masjid Kariah Taman Jati selepas dilantik oleh satu mesyurat jawatankuasa penaja dari kalangan ahli-ahli Kariah Surau Diri Jumaat Kariah Taman Jati

4 Februari 2010

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke 182 telah bersetuju meluluskan permohonan membina masjid di Kariah Taman Jati Ipoh

11 September 2014

Kerja bagi Projek Pembinaan Masjid Muhammad Al-Fateh telah bermula selepas pemilikan tapak diperolehi daripada pihak JKR

15 Januari 2015

Kerja-kerja menanam cerucuk telah bermula

30 Ogos 2016

- Masjid Muhammad Al-Fateh telah siap dibina sepenuhnya oleh pihak JKR dan telah dibuat penyerahan secara rasminya kepada pihak Ahli Jawatankuasa Projek Pembinaan Masjid dalam satu majlis ringkas dengan tempoh jaminan satu tahun dan telah pun berakhir

- Kiraan kos perbelanjaan pembinaan bangunan masjid oleh pihak JKR adalah sebanyak RM3,096,695.00 dan ini tidak termasuk bagi kerja-kerja tanah yang dibiayai oleh pihak PKNP dengan kos perbelanjaan sebanyak RM500,000 dan juga lain-lain kos perbelanjaan seperti jalan laluan keluar masuk ke masjid serta menaik taraf mehrab masjid

23 September 2016

Pengisytiharan Solat Jumaat buat pertama kalinya telah disempurnakan oleh Sohibul Samahah Tuan Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak serta penyerahan Sijil Pendaftaran Masjid dengan No.Pendaftaran JAiPk/BPM/M/IPH/61 oleh wakil dari Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak

Ahli Jawatankuasa Masjid = 17 orang
Imam Masjid = 7 orang
Bilal Masjid = 4 orang
Siak Masjid = 2 orang
Qari/Qariah = 100 orang
about img

Sijil Pendaftaran

Masjid Muhamad Al-Fateh